Bahagian hadapan Unit Haemodialisis Tg Malim |
Terletak di tapak lama Hospital Tg Malim yang sekarang telah menjadi Klinik Kesihatan Tg Malim. Apabila pembukaan Hospital Slim River unit ini masih kekal di Tg Malim atas sebab tertentu dan permintaan penduduk setempat kerana berdekatan dengan Bandar dan kemudahan pengangkutan awam .Terletak diluar kawasan (offsite facilities) 25 km dari Hospital Slim River . Unit ini mulai beroperasi sepenuhnya mulai Julai 2001 dikenali UNIT HEMODIALISIS TG. MALIM ( HOSPITAL SLIM RIVER ).
Memberi perkhidmatan dialisis kepada pesakit yang tinggal di sekitar Tg malim, Slim River, Sungkai, Felda Besout, Felda Trolak dan kawasan Hulu Selangor. Pesakit- pesakit yang mendapat rawatan di unit ini perlu melalui pemeriksaan saringan dan keputusan mendapatkan tempat rawatan akan ditentukan oleh pakar Nefrologi dan tertakluk pada kekosongan tempat.
Visi
Setiap pesakit ESRF ( End Stage Renal Failure@ Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir) yang menjalani dialisis di sini akan mendapat kualiti hidup yang sempurna seperti insan lain yang sihat serta mengelakkan komplikasi penyakit lain.
Misi
Standard kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik dan saksama serta pesakit akan gembira menerima rawatan di sini.
Objektif Kualiti
Memastikan pesakit mendapat rawatan hemodialisis sekurang- kurangnya 4 hingga 4 1/2 jam kecuali kes- kes yang mengalami komplikasi.
Objektif Khusus.
- Improve survival with minimum complication.
- Better quality of life.
- Better rehabilitation.
- Better well being.
- Less hospitalization.
Aktiviti Utama
Menjalankan dialisis untuk pesakit
- Pesakit ESRF mendapat dialisis yag secukupnya setiap kali rawatan dijalankan.
Memberi khidmat nasihat dan kaunseling
- kakitangan unit bersedia memberikan pendidikan kesihatan berkaitan panduan pemakanan bagi pesakit ESRF, pengambilan ubatan yang betul, waktu dialisis yang cukup dan sebagainya.
Menjalankan klinik setiap 3 bulan sekali
- Pesakit akan disediakan untuk klinik yang akan dijalankan oleh Visit Nefrologi Hospital Ipoh.
Rujukan pesakit
- Pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan atau ke hospital lain untuk rawatan lanjut.
Tarikh dan Waktu Operasi
Tarikh Mula beroperasi : 10 July 2001
Waktu operasi :
- 1 shif : 7.00pg – 2.00ptg
- 2 shif : 11.00pg – 6.00ptg
Bilangan Mesin Hemodialisis : 9 buah mesin (model Fresenius 4008S)
- 1 mesin (hepatitis C positif)
- 12 mesin (hepatitis negatif)
* Perkhidmatan rawatan hemodialisis utk pesakit yg mempunyai status Hepatitis B positif hanya dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sehingga kini.
Hubungi Kami
Hubungi Kami
Nama pusat : Unit Hemodialisis Tg. Malim ( Hospital Slim River ) 35900 Tg. Malim,Perak .
No Tel: 05-583598