Monday, 10 March 2014

Apakah itu Buah Pinggang/Ginjal?


        Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darahdan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodiumpotasiumhidrogenoksigen, dan sebatian seperti asid aminokreatininabikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis(poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).
        Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi. Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latinrēnēs, bererti buah pinggang.

No comments:

Post a Comment